Friday, November 21, 2014

Sang Bayu Sejuk di Bumi Seoul

Assalammualaikum wbr,

Kehadapan anak-anak Umi yang dirindui,

  Sekarang ni suhu mencecah -2 degree celcius, kesejukkannya boleh di rasakan sekiranya anak Umi letakkan tangan di dalam fridge untuk 5 minit, sangat sejuk kan? (Umi even tengah pakai sweater dalam rumah.. huhu). Untuk Umi yang baru first time berada di negara yang sesejuk ini, ini satu ujian yang besar juga. Mana tidaknya, selesai solat subuh, berada di bawah selimut memang sesuatu yang lebih menyamankan dari buat perkara bermanfaat yang lain. Banyak kerja rumah tergendala kalau ibu tak bangun dari tidur dan menyiapkannya sebelum tengahari, masa sangat cepat meninggalkan kita anak terutama kalau masa tu berlalu tanpa di isi dengan perkara yang bermanfaat. Boleh jadi sedar-sedar je umur kita telah meningkat dan boleh jadi maut semakin dekat sejauh satu hasta.. astaghfirullah..

  Banyak juga things yang Umi try  buat supaya berjaya bangun dari selimut seawal mungkin, antaranya membaca al quran dengan Abi, mendengar Abi membaca beberapa potong hadith dari Riadussalihin dan buku Khawatir Quran, dan banyak lagi. Tapi, semakin hari semakin sejuk sebab sudah menghapiri musim sejuk di Seoul ni. Jadi, usaha-usaha tadi perlu di perkuatkan supaya ibu lebih dapat mujahadah untuk meneruskan rutin harian Umi di rumah. Hari ni, setelah buntu memikirkan bagaimana nak kuatkan diri Umi, Allah mengilhamkan Umi untuk keluar berjalan-jalan supaya dapat menghadapi terus halangan utama buat Umi untuk bangun iaitu sang bayu sejuk di pagi hari.

  Dengan semangat sekali Umi terus capai baju jaket hitam, dan kain jeans Umi..oh stokin dan handsock Umi sekali. Umi buka je pintu rumah, memang terasa sejuk. Lepas pakai kasut sport Umi, Umi terus jalan ke arah yang Umi sendiri tak sure  ke mana walaupun Abi selalu je bawa Umi jalan- jalan sekitar tu. Masa nak keluar Umi sempat lagi mindsetkan diri yang Umi nak keluar jadi kena ingat jalan yang Umi lalui supaya Umi boleh patah balik kalau sesat, dan Umi nak rasa sang bayu tu kena kulit Umi.. alang-alang menyeluk pekasam kan, hah rasakan sejuk yang maksimum.. haha..

  Walaupun keluar berjalan waktu pagi adalah perkara terakhir yang Umi akan buat pada autumn ni, nampaknya ini adalah perkara yang berkesan untuk Umi terus menguatkan diri. Dan, pemandangan pagi yang sejuk tu ternyata amat indah. Umi tengok daun-daun kekuningan mula gugur di tepian jalan, pelajar sekolah lalu-lalang melintas jalan, dan para peniaga kedai sibuk menyiapkan barangan jualan masing-masing.

  Ujian atau halangan yang melanda kehidupan seharian kita kadang kala amat menyakitkan bagai dicucuk-cucuk sang bayu sejuk tu. Disebabkan ni lah ramai oleh memilih untuk lari dari menghadapi ujian tersebut, takut perit badan menghadapinya. Tapi Umi rasa ramai pun menyedarinya, lari and mengelak ujian tersebut bukanlah jalan terbaik untuk diri sendiri. Sebab menjadi pelarian memang tidak menenangkan, selalu takut-takut benda yang mengejarnya tiba dan menyerang.

 Cara terbaik ialah menghadapi ujian dan halangan dengan wajah yang berani, bersedia untuk disakiti dan bangun sekiranya terjatuh. Inilah jalan yang terbaik insyaAllah. Kalau di imbau kembali, keberadaan Umi sekarang ni adalah hasil jatuh bangun dan sakit perit umur-umur Umi yang lampau. Ujian dan halangan adalah dari Allah, untuk menguatkan kita. Melatih otak kita untuk berfikir dan hati untuk tabah. Di manakah ubat untuk menyembuhkan luka-luka kesakitan? Ubatnya adalah muhasabah, memaafkan diri, memaafkan orang lain, bertaubat dan meminta pertolongan dari Allah. 

Moga anak-anak Umi lebih cekal hadapi ujian. Hujan dan badai bukan selamanya, mentari pastikan muncul bersama senyuman pelangi di langit yang basah.


  




 




Tuesday, November 4, 2014

Pembuka Blog Journal Korea

Assalammualaikum wbr,

Anak-anak Umi yang Umi sayangi kerana Allah,

Hari ni, bersamaan 12 Muharram 1436 H, 5 November 2014, Umi decide nak menulis sebuah blog untuk tatapan anak - anak Umi bila kamu semua dah boleh membaca nanti (hehe.. nampaknya Umi kena cepat-cepat ajar anak umi membaca)  dan juga kepada semua anak - anak yang bukan darah daging Umi, tetapi anak -anak Umi atas dasar persaudaraan Islam dan juga atas dasar kemanusia sejagat.

Sekarang ni sebenarnya Umi berada di negara Korea kerana menemani Abi yang sedang belajar di sini. Sepanjang Umi berada di sini, banyak pengalaman Umi di negara ni yang Umi boleh share dengan anak-anak semua. So, kiranya blog ni adalah journal Umi semasa Umi berada di Korea. Sebab itulah Umi namakan blog ni Journal Korea.

Semalam Umi online dan buka facebook Umi, terkejut sangat bila Umi tengok sikap manusia di negara tempat lahir Umi yang dicintai, Malaysia. Di sana sini kejadian pembunuhan bermaharaja lela seolah-olah nyawa manusia tidak dihargai. Anak Umi kena tahu yang di sisi Allah, membunuh satu nyawa itu seolah-olah membunuh manusia keseluruhannya (boleh tengok dalam surah al- Maidah ayat 32). Walaupun ayat ni Allah refer kepada Bani Israel, tapi boleh di apply kepada kita.

Atas dasar keadaan manusia (tidak kisah la beragama Islam atau tidak) yang sudah rosak akhlak nya, maka sekiranya pada zaman Umi ni keadaan begitu, tidak dapat Umi bayangkan zaman anak-anak nanti. Maka pastilah akan lebih rosak sekiranya tidak ada orang yang hendak membaiki keadaan ini. Coretan Umi ni khas buat anak-anak sekarang dan masa depan nanti supaya apabila Umi menulis tentang kehidupan Umi lalu dapatlah anak-anak melihat pengajaran atau tauladan yang dapat di ambil darinya. Pengajaran dan tauladan bukan hanya untuk di ketahui sahaja anak-anak, tapi untuk dihayati dengan hati dan di amalkan.

Sekiranya keadaan dunia semasa anak membaca tulisan Umi ni sudah berada dalam kegelapan akhlak dan nilai-nilai murni, semoga tulisan Umi dapat memberi sinar harapan bahawa pernah suatu ketika manusia itu indah akhlaknya dan harmoni hidupnya di atas bumi Allah ini. Dan cerita-cerita Umi ni boleh berulang kembali kerana itu adalah ketetapan yang telah Allah tentukan iaitu, barang siapa mengubah keadaan dirinya, maka Allah akan mengubah keadaan di sekitarnya (Ar Ra'd, ayat 11). Jadi anak-anak, kalau kita mahu keadaan negara atau tempat kita berubah, maka perubahan itu harus bermula dengan dalaman diri manusia. Iaitu dengan perubahan sikap, perangai dan cara bagaimana kita menilai kehidupan kita. Bayangkan sekiranya terdapat ramai kawan-kawan anak diluar sana yang mahu memperbaiki sikap mereka, mestilah akhirnya keadaan sesuatu tempat itu akan jadi lebih baik insyaAllah.

Moga Allah menerima amalan Umi yang kerdil ini.

Dengan rasa cinta dan sayang,
Ummu Mariam